SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Thursday 26 May 2016

Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah kategori GO

26 Mei 2016
TAHNIAH...Pasukan Kawad kaki TKRS Lelaki dan juga TKRS Perempuan kerana kedua-duanya telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah 2016.

Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kategori NGO

26 Mei 2016
Pasukan Kawad Puteri Islam SKST mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah.
Jurulatih : Cikgu Mawarni, Ustazah Noordiana dan Ustazah Norhayati.
Ketua Platun :
Peserta : 35 orang

Monday 23 May 2016

SKST Tempat Ketiga Kejohanan Kriket Peringkat Negeri 2016

20 Mei 2016
Pasukan kriket yang dilatih oleh Cikgu Noor Zais dan dibantu oleh Cikgu Jasmee akhirnya terpaksa akur dengan tempat ketiga dalam Kejohanan Kriket Peringkat Negeri 2016. Kekurangan dari segi latihan ekoran cuaca panas sebelum ini, menyebabkan pasukan kriket SKST kurang mendapat mata dalam perlawanan.

SKST Tuan Rumah Kejohanan Kriket Peringkat Negeri 2016

20 Mei 2016

SKST JOHAN Sofbol Peringkat Negeri 2016

20 Mei 2016
Jumaat, SKST mencatat sejarah hari ini apabila Team Sofbol Lelaki telah dinobatkan sebagai Johan dalam Kejohanan Sofbol Bawah 12 Peringkat Negeri 2016. Perlawanan akhir antara Team SKST menentang Team SK Pengkalan Jaya, seolah-olah satu laluan mudah apabila Team SKST menang besar. SKST 25, SKPJ 4.
Cikgu Azhar selaku Headcoach amat terkejut dengan pencapaian ini yang mana diluar jangkaan. Semangat para pemain semasa perlawanan akhir harus dipuji kerana mereka bermain dengan satu iltizam yang tinggi untuk merangkul kejuaraan.
TAHNIAH...Team Sofbol lelaki SKST.


Kejohanan Sofbol Peringkat Negeri 2016 - SKST layak ke Separuh Akhir

Kejohanan Sofbol Peringkat Negeri - SKST Layak ke Suku Akhir

17 Mei 2016
Pada hari ini bermulanya cabaran team sofbol SKST dalam merebut tiket ke pusingan kedua dalam Kejohanan Sofbol Peringkat Negeri. Team SKST telah diundi dalam kelompok kumpulan bersama dengan Team SK Pengkalan Jaya dan Team SK .
Di peringkat kumpulan ini, SKST telah menang satu perlawanan dan kalah satu perlawanan, namun SKST masih layak ke pusingan kedua dan suku akhir. Syabas....semoga perlawanan di suku akhir nanti akan terus memberi sinar harapan kepada Team SKST.
 

Karnival Riang Ria Hari Keusahawanan SKST 2016