SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Friday 29 July 2016

Kejohanan Bola Sepak 11tkb 1M1S Peringkat Negeri

27 Julai 2016
Pada hari ini, pasukan bola sepak bawah 11 skst telah berjuang di peringkat negeri. Pada pusingan pertama, skst telah berjaya menewaskan pasukan lawan dan layak ke peringkat suku akhir. Walaupun pasukan skst terkandas di suku akhir, namun kemaraan di peringkat negeri sudah mencapai kpi.
Tahniah kepada cikgu Fazli dan cikgu Marzuki serta pemain pasukan bola sepak bawah 11 skst.

Monday 25 July 2016

Perkhemahan PPIM Peringkat Negeri 2016

23 Julai 2016
PPIM SK Seri Tasek telah menyertai Perkhemahan PPIM peringkat negeri yang diadakan di SK Sama Gagah. Cikgu Nurulnisa dan dua orang murid skst telah menyertai kem ini. Murid yang terlibat ialah ;
1. Nurul Fauzan Hana Bt Mohammad Naiemy
 2.Siti Najla' Bt Ismail.
Semoga aktiviti2 yg disertai oleh peserta dlm kem ini memberi pengetahuan yg bermanfaat dan pengalaman yg berguna.

Sunday 24 July 2016

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah 11TKB 1M1S KPM Peringkat Daerah Nibong Tebal 2016

21 Julai 2016
SKST tidak ketinggalan menyertai kejohanan bola sepak 7 sebelah 1M1S peringkat daerah yang diadakan di pdg SK Seri Tasek dan juga SK Jawi. SKST telah diundi satu kumpulan dengan SK Tasek Permai dan juga SK Taman Merak.
Di peringkat kumpulan pertama, skst telah menjadi johan kumpulan. Dalam peringkat kumpulan kedua, skst bertarung dengan SKBTM dan SK Sg Acheh. SKST meneruskan rentak kecemerlangan apabila lg sekali menjadi johan kumpulan dan seterusnya layak ke final.
Di final, SKST bertarung hebat dengan SKTP. Namun kekalahan tipis 1-2 telah menobatkan SKST sebagai naib johan peringkat daerah.
SKST bersama dengan SKTP dan SKBK telah layak ke peringkat negeri yg akan diadakan pada 27 Julai 2016.
SELAMAT BERJUANG SKST....


Friday 22 July 2016

Pertandingan Kaead Kaki Peringkat Negeri 2016

20 Julai 2016
3 pasukan kawad kaki SKST telah menyertai kawad kaki peringkat negeri yang diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Pulau Pinang.
1. Pasukan TKRS Lelaki
2. Pasukan TKRS Perempuan
3. Pasukan PPIM
Pasukan PPIM berjaya mendapat tempat kedua@naib johan peringkat negeri. Satu pencapaian yang agak membanggakan kerana ini adalah julung kalinya pasukan ini menyertai kawad kaki di peringkat negeri.
Manakala kedua-dua pasukan TKRS mendapat tempat keempat.
Tahniah kepada pasukan kawad kaki skst.