SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Wednesday 19 October 2016

Kejohanan Sofbol Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat kebangsaan 2016

14 - 16 Oktober 2016

SKST telah menghantar 2 Team sofbol untuk menyertai kejohanan sofbol SBT peringkat Kebangsaan 2016 di SK Air Merah, Kulim. Pasukan ini telah diiringi oleh pengurus dan jurulatihnya iaitu Cikgu Azhar, Cikgu Fazli, Cikgu Nik Aini dan Cikgu Zarina.
Selama 3 hari mereka bertarung dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Ternyata, berentap dengan pasukan dari SBT bukanlah mudah, namun semangat juang yang tinggi team SKBT amat membanggakan.
Tahniah team sofbol SKST walaupun hanya meraih pingat gangsa. Ini satu pencapaian yang agak membanggakan di peringkat kebangsaan.





Wednesday 12 October 2016

SKST Johan Futsal Padang 9tkb Zon Nibong Tebal

8 Oktober 2016
Pasukan Bola Sepak SKST di bawah pengurusan cg Fazli Dan xg Marzuki sekali lagi melakarkan kebanggaan dengan menjuarai kejohanan futsal padang bawah 9 tahun zon Nibong Tebal.

Monday 10 October 2016

Hari Sukan Negara 2016

8 Oktober 2016
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara peringkat SKST diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap warga  SKST mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Antara aktiviti yang dijalankan pada Hari Sukan Negara kali ini ialah senamrobik, pertandingan bola sepak, pertandingan bola jaring, sukaneka antara waris, guru dan murid serta permainan rakyat.


PERASMIAN


SENAMROBIK


BOLA JARING


BOLA SEPAK


SUKANEKA