SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Monday 27 March 2017

Kejohanan Olahraga MSSPP Peringkat Negeri 2017

27 MAC 2017
ISNIN
Seorang murid SKST turut berentap dalam acara lompat jauh di Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri yang bermula pada hari ini. Murid berkenaan ialah adik Aiman Sani dari kelas 6 Jaya.
Di peringkat daerah, adik Aiman Sani berjaya mendapat naib johan, dan di peringkat negeri pula,adik Aiman sani berjaya mendapat tempat KETIGA dalam acara lompat jauh.
TAHNIAH
1. Adik Aiman Sani - peserta
2. Cikgu Lim - Jurulatih
3. Cikgu khanabaty - jurulatih

Penyampaian Pingat dan Sijil kepada Pasukan Kriket SKST

27 MAC 2017
ISNIN
PKP Puan Norhasimah telah menyampaikan sijil dan pingat kepada pemain-pemain kriket SKST yang telah menyertai Kejohanan Kriket Peringkat Negeri dan juga Peringkat Kebangsaan.
Makluman...
1. Pasukan Kriket SKST mendapat tempat ketiga di peringkat daerah.
2. Tiga murid SKST menyertai Pasukan Kriket Negeri ke Kejohanan Kriket Peringkat Kebangsaan.


Kejohanan Kriket Peringkat Kebangsaan 2017

20 MAC 2017
Seramai 3 orang murid SKST telah terpilih menyertai Pasukan Kriket Negeri. Mereka telah mewakili negeri Pulau Pinang dalam kejohanan kriket MSSM yang diadakan di Negeri Sembilan.
Murid SKST yang terlibat ;
1.
2.
3.
Tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Zais yang menjadi guru pengiring merangkap jurulatih pasukan kriket negeri atas komitmen yang amat membanggakan.

Friday 17 March 2017

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Sekolah 2017

1 MAC 2017
RABU

Panitia BM mengambil inisiatif mengadakan Karnival Bahasa Peringkat Sekolah dalam usaha mencari dan mengenalpasti bakat-bakat yang boleh diketengahkan dalam Pertandingan Ko-Akademik Peringkat Daerah nanti.
Antara pertandingan bahasa yang diadalakan ialah...
1. Pidato
2. Bercerita
3. Pantun
4. Bicara Berirama
TAHNIAH Panitia Bahasa Melayu SKST...


Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah 2017

16 - 19 MAC 2017
ISNIN - KHAMIS

Bertempat di Stadium Mini SMK Mutiara Impian, SKST turut menghantar kontijen untuk menyertai Kejohanan Balapan & Padang Peringkat Daerah.
Antara acara yang disertai ialah
1. Lompat Tinggi
2. lompat Jauh
3. Lontar Peluru
4. 100 meter
5. 200 meter
6. 4 x 100 meter
7. 4 x 200 meter

TERIMA kASIH DAN TAHNIAH kepada guru-guru yang mengurus dan menjayakan Kejohanan ini iaitu...
1. Cikgu Lim - Pengurus & Jurulatih
2. Cikgu Kanabhaty - Jurulatih
3. Cikgu Zaidatul Ana - Pembantu Jurulatih
4. Cikgu Azhar - JK Minuman
5. Ustaz Fouzi - JK Minuman
6. Cikgu Shahril - Pegawai Kejohanan
7. Cikgu Marzuki - Pegawai Kejohanan
8. Cikgu Adrian - Pegawai Kejohanan



PENCAPAIAN
1. Acara Lompat Jauh - NAIB JOHAN

Kejohanan Kriket Peringkat Negeri 2017



Pasukan Kriket SKST telah menyertai Kejohanan kriket Peringkat Negeri 2017 yang diadakan di SK Stowel dan juga SKST.
Pasukan Kriket SKST bersama pasulan kriket SK Machang Bubuk dan SK Tok Kandu telah berentap dalam Kumpulan A di padang SKST. Di peringkat kumpulan, Pasukan Kriket SKST berjaya sebagai naib johan dan seterusnya berentap dengan johan kumpulan B iaitu SK Stowel. Akhirnya, pasukan SKST hanya berjaya mendapat tempat KETIGA dalam kejohanan kali ini.
Tahniah kepada pasukan Kriket SKST.
Tahniah dan terima kasih juga kepada..
1. Cikgu Norzais - Ketua Jurulatih
2. cikgu Shahril - Pembantu Jurulatih
3. Cikgu Jasmee - Pengurus
4. Cikgu Lim - Pembantu Padang
5. Cikgu Marzuki - Pembantu Padang


PENCAPAIAN
😊 Tempat KETIGA