SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Thursday 20 April 2017

Perlawanan Persahabatan Sofbol kali kedua 2017

20 APRIL 2017
Sekali lg perlawanan persahabatan sofbol diadakan sebagai persediaan menghadapi kejohanan sofbol peringkat negeri nanti. Perlawanan persahabatan kali ini melibatkan 5 pasukan dari 3 buah sekolah iaitu
1. SK Seri Tasek
2. SK Air Merah SBT
3. SK Kebun Sireh
Terima kasih kepada sekolah2 yang sudi hadir bertandang di padang skst untuk sesi perlawanan persahabatan ini.
Tahniah Cikgu Azhar dan Cikgu Fazli yang telah menguruskan sesi perlawanan persahabatan ini.




Wednesday 19 April 2017

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

19 APRIL 2017
RABU

Bagi memantapkan pasukan bola sepak sekolah, perlawanan persahabat telah disusun atur . Terima kasih kepada beberapa buah sekolah yang sudi bertandang ke padang sekolah skst utk sesi perlawanan persahabatan ini.
Terima kasih pasukan bola sepak..
@SK Sungai Duri
@SRA Addiniah
@SK Bandar Baharu

Tahniah juga kpd cikgu yg uruskan perlawanan persahabatan ini..
@ Cikgu Marzuki
@Cikgu Fazli



Monday 17 April 2017

Naib Johan Nasyid dalam MTQ Peringkat Daerah 2017

8 APRIL 2017
Pasukan Nasyid melakar sejarah yg tersendiri apa telah berjaya mendapat tempat naib johan dalam MTQ peringkat daerah pada 8 April 2017 yg lalu.
Tahniah kepada Panitia Agama Islam dan juga Kelab Agama Islam yang bertungkus lumus membuat latihan sebelum ini. Ternyata...usaha yg gigih pastinya membuahkan hasil yg membanggakan.

Saturday 15 April 2017

PPIM - JOHAN pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah

15 APRIL 2017
SABTU
Pasukan Kawad PPIM skst mengekalkan prestasi tahun lepas apabila muncul sebagai Johan Pertandingan Kawad kaki Peringkat Daerah Kategori PBB (P) Sekolah Rendah uhtuk kali yang kedua.
Persembahan mantap yang ditunjukkan semasa pertandingan ternyata membuah hasil. Semua peserta begitu bersemangat semasa pertandingan. SK Syabas...dan Tahniah kepada semua peserta kawad kaki PPIM.
Tahniah juga..
1. Ustazah Nordiana
2. Ustazah Norhayati
3. Cikgu Mawarni

Friday 14 April 2017

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform- TKRS

14 APRIL 2017
JUMAAT
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah telah diadakan di SMK .
Pasukan kawad TKRS Lelaki skst mencuba nasib sekali lagi pada tahun ini. Dengan kekangan masa untuk latihan, akhirnya pasukan tkrs lelaki berjaya juga mendapat tempat KETIGA. Tahniah pasukan kawad tkrs lelaki skst.
TAHNIAH juga buat...
1. Cikgu Shahril - ketua jurulatih
2. Cikgu Hawani -  pengurus
3. Cikgu Zais - penyelaras

Wednesday 12 April 2017

Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Muda

11 - 13 APRIL 2017
IPG TUNKU BAINUN

2 orang murid Tahun 6 skst telah dipilih untuk menyertai Bengkel Pembinaan Bakat Tunas Muda yang diadakan selama tiga hari di IPG Kampus Tunku Bainun.

Saturday 8 April 2017

Hari Keusahawanan SKST 2017

8 APRIL 2017
Unit Koko skst sekali lg diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan Hari Keusahawanan .Pada thn ini, Hari Keusahawanan diadakan bersama dgn Program Mobile CTC Peringkat Negeri.
Sebanyak 5 gerai sekolah yg dikendalikan oleh guru2 telah dibuka pada hari tersebut. Pd tahun ini, setiap gerai dikendaliakan bersama oleh dua buah kelab. Hasil kerjasama yg jitu, perlaksanaan Hari Keusahawanan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih dan Tahniah kepada semua warga skst.

Saturday 1 April 2017

SOFBOL - Perlawanan Persahabatan dengan SBT SK Air Merah

28 MAC 2017
SELASA
Team sofbol di bawah kendalian Cikgu Azhar mengadakan perlawanan persahabatan pertama dengan Team Sofbol Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) SK Air Merah. Team sofbol SKST yang majoritinya adalah pemain baru, dapat memberi saingan yang agak sengit kepada Team Sofbol SKAM, Dalam perlawanan persahabatan ini, team sofbol skst meraih kemenangan bergaya. Diharapkan agar kemenangan ini akan dapat memberi suntikan semangat kepada pasukan dan jurulatih untuk berentap di Kejohanan Sofbol peringkat negeri pada bulan Mei nanti.
TAHNIAH...
1. Pemain @ Team Sofbol
2. Cikgu Azhar - Ketua jurulatih
3. Cikgu Fazli - pembantu jurulatih