SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Tuesday 16 May 2017

Kejohanan Memanah Peringkat Negeri

11 & 12 MEI 2017
KHAMIS & JUMAAT

Pada tahun ini, skst turut menyertai kejohanan memanah. Dua orang murid skst yang terpilih telah dihantar untuk menyertai kejohanan ini. Murid tersebut ialah
1. Ahmad Irfan bin A.Mazini
2. Nur Alya Amani binti Md. Zalan
Kedua-dua mereka telah dilatih oleh Cikgu Adrian Sani dengan dibantu oleh Jurulatih luar yang juga merupakan waris kepada salah seorang peserta iaitu Encik A.Mazini.
TAHNIAH kepada peserta dan jurulatih. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, namun penyertaan sulung ini diharapkan dapat memberi pengalaman berguna sebagai persediaan untuk penyertaan selepas ini.

Saturday 6 May 2017

SKST Tempat ketiga Bicara Berirama Peringkat Daerah 2017

6 MEI 2017
SABTU

Alhamdulillah, dalam Pertandingan Bicara Berirama kali ini, SKST masih mendapat tempat di peringkat daerah bertarung dengan pasukan-pasukan hebat yang lain. Pertandingan kali ini diadakan di PPDS sempena Karnival Pendidikan yang julung-julung kalinya diadakan. 

TAHNIAH...
@ Pasukan Bicara Berirama SKST
@ Pengurus pasukan Cikgu Che Tom
@ Ketua Jurulatih Cikgu Susanti
@ Jurulatih Cikgu Zuraini
@ KP Bahasa Melayu Cikgu Norzila


Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor. Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

SKST Tempat Ketiga kejohanan Bola Sepak 12TKB Peringkat Daerah

5 MEI 2017
JUMAAT

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah 12TKB Peringkat Daerah telah berlangsung dengan jayanya di SK Sungai Acheh. Dalam kejohanan kali ini, skst layak ke separuh akhir dan bertemu dengan pasukan yang hebat iaitu SK Tasek Permai. Corak taktikal yang mantap oleh Head Coach dan disiplin permainan yang baik dan menarik yang ditunjukkan oleh pemain skst sangat menghiburkan. Namun, tuah tidak di pihak pasukan skst apabila gawang skst dibolosi dengan 3 gol. 
Kegagalam meraih kemenangan dengan SKTP, maka SKST hanya mampu berada di tempat ketiga. Namun, kesungguhan dan kerjasama pasukan bertarung untuk ke final amat membanggakan...syabas. Anda semua memang hebat.
Tahniah kepada..
@ Ketua Jurulatih - Cikgu Fazli
@ Pengurus & Jurulatih - Cikgu Marzuki
@ Pemain2 Pasukan Bola Sepak skst.

Wednesday 3 May 2017

Karnival Koakademik Bahasa Peringkat Daerah 2017

3 MEI 2017
Karnival Koakademik Bahasa Kelompok 1 Peringkat Daerah SPS telah diadakan di SK Sg Bakap. Kali ini, SKST menyertai beberapa acara iaitu Pidato, Bercerita Tahap 1 dan 2, Story Telling, Public Speaking, Poetry & Action Song.
SKST berjaya mendapat tempat dalam beberapa acara yang dipertandingkan.
1. JOHAN - pidato
2. NAIB JOHAN - Bercerita Tahap 2
3. Tempat Ketiga - Bercerita Tahap 1

Tahniah kepada peserta dan jurulatih yang terlibat.
@Pidato - adik Najla & cikgu Norzila
@Cerita Thp 1 - adik Nur Qistina & cikgu Rohalina
@Cerita Thp 2 - adik Nur Allis & cikgu Norzehan


Tuesday 2 May 2017

Kejohanan Bola Sepak Daerah SPS - Perlawanan Peringkat Kumpulan

2 MEI 2017
Hari ini bermula Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Daerah. SKST diundi satu kumpulan dengan SK Sg Bakau, SK Sg Duri dan SAR Addiniah. 
Di peringkat kumpulan, SKST melakar kemenangan bergaya apabila berjaya memenangi kesemua perlawanan.
SKST vs SK Sg Bakau 4-0
SKST vs SAR Addiniah 6-0
SKST vs SK Sg Duri 4-0

SKST akan meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir pada 5 Mei nanti di SK Sungai Acheh. Sebagai johan kumpulan C, SKST akan bertarung dengan naib johan kumpulan D iaitu SKPTM. Semoga ada sinar kejayaan menanti...