SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Sunday 31 December 2017

KOLABORASI PENDIDIKAN ANTARA PENTADBIR SEKOLAH,PIBG,JKKP DAN POLIS

29 DISEMBER 2018
JUMAAT
RESTORAN NASHMIR,KULIM



Satu perjumpaan antara barisan Pentadbir SKST bersama komuniti & NGO telah diadakan di Restoran Nasmir, Kulim. Perjumpaan yang melibatkan Pentadbir SKST, PIBG SKST, JKKKP Tasek, JKKKP Padang Lalang, Belia & wakil PDRM adalah bertujuan untuk membincangkan hala tuju kecemerlangan murid SKST dalam pelajaran & juga sahsiah. 


Memorandum Persefahaman antara GB SKST Pn.Noorhasimah, YDP PIBG En. Mohd Norhiesam, JKKP Tasek Hj. Anuar Desa, JKKP Padang Lalang Hj. Suhaimi bin Man Ketua Pondok Polis Tasek Lans Kpl Mohd Akhimullah telah ditandatangani sebagai simbolik satu persefahaman tercapai yang disaksikan oleh En. Mohd Rizal bin Ismail , Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Selatan.

Semoga usaha murni pelbagai pihak ini akan menjadi satu titik tolak ke arah meningkatkan kecemerlangan SKST.

Friday 29 December 2017

HARI ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH 2018

29 DISEMBER 2017
JUMAAT
DEWAN SKST
Penyelaras - Cikgu Che Tom Abdul Hamid
Sasaran - Waris dan Murid Tahun 1 dan Pra sekolah skst.

Tentatif
* Pendaftaran 
* Bacaan Doa
* Ucapan Guru Besar, PKP, PK HEM, YDP PIBG dan Ucapan Perasmian oleh Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPDS.
* Penyerahan Buku Teks

Hari Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah sesi 2018 berjalan lancar. Kelihatan semua murid begitu bersemangat dan teruja untuk masuk ke kelas masing-masing. Ibu bapa juga memberikan komitmen yang sangat baik. Terima kasih kepada semua.

Thursday 28 December 2017

Mesyuarat Induk HEM Kali Pertama 2018

28 DISEMBER 2017
KHAMIS
MASA 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI.
BILIK GERAKAN SKST

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Pelantikan AJK HEM 2018
5. Pengurusan HEM 2018
6. Perancangan HEM 2018
7. Hal-hal Lain

Thursday 14 December 2017

Unit SPBT - Proses Buku Teks Yang Baru Diterima

15 DISEMBER 2017
Bilik SPBT

AJK Buku Teks meluangkan masa cuti utk dgn bergotong royong memproses buku teks ang baru diterima. Beberapa org guru dan murid mengecap buku teks sebelum diagihkan kpd murid2.