SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Thursday 29 November 2018

SKST JOHAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU KATEGORI INOVASI DAN KREATIVITI PERINGKAT NEGERI 2018

29 NOVEMBER 2018


SKST dinobatkan sebagai Johan Anugerah Sekolah Hijau kategori Inovasi dan Kreativiti peringkat negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018 .
Kejayaan ini telah diumumkan dalam majlis Green Pinang Awards Gala 2018.

Thursday 22 November 2018

HARI TERAKHIR SESI PERSEKOLAHAN SESI 2018

23 NOVEMBER 2018
JUMAAT

Pelbagai gelagat murid dan guru di hari terakhir persekolahan sesi 2018. Murid aoan bercuti panjang sehingga sesi persekolahan 2019 bermula.
Unit HEM skst mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan guru skst.



SAMBUTAN HARI LAHIR GURU BULAN DISEMBER

23 NOVEMBER 2018
JUMAAT
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI

BACAAN YASIN TERAKHIR DI PAGI JUMAAT UNTUK SESI 2018

23 NOVEMBER 2018
JUMAAT
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI


Wednesday 21 November 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCER PEMBELIAN PAKAIAN SEKOLAH SUMBANGAN ZAKAT

21 NOVEMBER 2018
RABU, 11.00 PAGI.
BILIK GERAKAN SKST

Seramai 50 orang murid telah dipilih untuk menerima bantuan zakat yang berupa baucer dan juga uniform sekolah.
Waris kepada murid2 berkenaan telah hadir untuk menerima baucer tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas oleh pk hem. Para waris juga diberi ruang untuk bertanya berkaitan sumbangan oleh pihak zakat ini. Selepas sesi dialog, guru bertugas iaitu Cikgu Azlina, Ustazah Zarina dan Cikgu Syakira serta dibantu oleh dua orang pekerja mengagihkan baucer dan uniform sekolah kepada semua waris yang hadir.
Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

MAJLIS PENYAMPAIAN PEK KE SEKOLAH OLEH MCD.

16 NOVEMBER 2018
JUMAAT
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI SKST

McDonald dengan program komunitinya Back To School telah sudi hadir ke skst untuk menyampaikan sumbangan pek sekolah untuk 35 orang murid yg terpilih. Majlis ini ssbenarnya adalah rentetan daripada majlis yg telah diadakan sebelum ini. Pada kali ini, pihak McD sendiri turun ke sekolahbuntuk menyampaikan sumbangan.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih semoga sumbangan ini dapat memberi motivasi dan semangat kepada murid2 berkenaan untuk memulakan sesi persekolahan 2019 nanti.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2018

19 NOVEMBER 2018
9.30 PAGI
AUDITORIUM MPSP

Unit HEM SKST melakarkan kenangan indah apabila percubaan pertama kali menyertai Anugerah Sekolah Hijau 2018 membuahkan hasil apabila terpilih memenangi dua kategori.
1. Anugerah Gangsa Kategori Sekolah Rendah Peringkat Seberang Perai
2. Anugerah Khas Kategori Inovasi dan Kreativiti

TAHNIAH kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan progran sekolah hijau di skst terutamanya jawatankuasa induk sekolah hijau. Terima kasih dan Tahniah juga kepada pibg, ksib dan komuniti yang turut terlibat menjayakan program ini.
Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin dan penyuntik semangat untuk melakukan yang lebih baik pada tahun hadapan.

Thursday 15 November 2018

JAMUAN KELAS 2018

16 NOVEMBER 2018
JUMAAT

Pada hari ini, murid-murid begitu teruja kerana adanya Jamuan Kelas. Kesemua kelas mengadakan jamuan pada hari ini dengan pelbagai juadah yang disediakan untuk santapan murid-murid serta guru-guru. Antara menu yang menarik perhatian murid-murid ialah Chicken Chop, Pizza, KFC dan pelbagai juadah sumbangan guru-guru serta para waris.

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR UNTUK BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2018

16 NOVEMBER 2018
JUMAAT
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI SKST

Program Hari Kanak-Kanak SKST 2018 diserikan juga dengan Sambutan Hari Lahir murid-murid yang lahir pada bulan November dan Disember 2018.
Program dikendalikan oleh Cikgu Nik Aini dan Cikgu Azlina.