SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Monday 29 August 2016

Penyampaian Sijil kepada Pasukan Bicara Berirama- Johan Daerah

29 Ogos 2016
Di peringkat sekolah, Guru Besar telah menyampaikan sijil kepada semua peserta Bicara Berirama yang telah mendapat johan pada pertandingan ko akademik peringkat daerah yang lalu.
Tahniah kepada pengurus, jurulatih dan peserta.

Friday 26 August 2016

SKST Tempat Ketiga Bicara Berirama Peringkat Negeri

23 Ogos 2016
Bertempat di Mydin Mall Bukit Mertajam, beberapa buah sekolah yg mewaliki daerah masing2 berentap dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri.
Penyertaan kali pertama dalam acara ini di peringkat negeri menampakkan hasil dan keputusan yg agak baik dengan mendapat tempat ketiga. Semoga keputusan ini menjadi pemangkin untuk memperoleh pencapaian yg lebih hebat pd tahun hadapan.
TAHNIAH kepada pasukan bicara berirama skst, panitia Bahasa Melayu dan jurulatih2 yg hebat.




Thursday 25 August 2016

SKST Menerima Sumbangan Jalur Gemilang

25 Ogos 2016
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG SKST merangkap Ketua Pemuda Nibong Tebal atas sumbangan Jalur Gemilang. Hasrat untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan di SKST dengan pemasangan bendera Jalur Gemilang nampaknya dapat direalisasikan dengan sumbangan ini.
#sehati sejiwa#

Monday 15 August 2016

Sambutan Bulan Kebangsaan & Kempen Kibarkan Jalur Gemilang SKST 2016

15 Ogos 2016
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan untuk tahun 2016. SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Sehubungan itu, dalam usaha menyemai semangat kemerdekaan dan kebangsaan dalam kalangan warga sekolah, SKST tidak ketinggalan dalam merancang pelbagai aktiviti. Sebagai permulaannya, Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah diadakan. Penyelaras program, Cikgu Norzila telah merancang dan mengendalikan majlis pelancaran ini dengan jayanya. Tahniah !




Saturday 13 August 2016

Minggu ke2 Ogos...Aktiviti 1M1S

10 Ogos 2016
Seperti biasa...pada minggu kedua setiap bilan akan diadakan aktiviti 1M1S yg melibatkan semua murid SKST dari Tahun 1 hinhga Tahun 6.Aktiviti bermula seawal 7.40 pg hingga 8.40 pg.




Monday 8 August 2016

Penyampaian Sijil Kepada Pasukan Kawad Kaki TKRS Lelaki

8 ogos 2016
Hari ini diadakan majlis penyampaian sijil kepada pasukan kawad kaki TKRS Lelaki yang telah menyertai pertandingan kawad kaki peringkat negeri.

Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kawad Kaki TKRS Perempuan SKST

8 Ogos 2016
Hari ini juga diadakan majlis penyampaian sijil kepada pasukan kawad kaki TKRS Perempuan yang telah menyertai pertandingan kawad kaki peringkat negeri.

Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kawad Kaki Peringkat Negeri

8 Ogos 2016
Hari ini diadakan majlis penyampaian sijil kepada peserta kawad kaki PPIM peringkat negeri.
Tahniah kepada pengurus, jurulatih dan juga pasukan kawad kaki PPIM SKST kerana mendapat naib johan peringkat negeri.

Thursday 4 August 2016

Olahraga Mencari Atlet Balapan dan Padang Peringkat Daerah 2016

4 Ogos 2016
Bertempat di Mini Stadium SMK Mutiara Impian, program olahraga pencarian atlet balapan dan padang telah diadakan. SKST telah menghantar enam orang peserta iaitu :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Mereka diiringi oleh cikgu Lim selaku pengurus dan cikgu Kana selaku jurulatih.