SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Monday 15 August 2016

Sambutan Bulan Kebangsaan & Kempen Kibarkan Jalur Gemilang SKST 2016

15 Ogos 2016
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan untuk tahun 2016. SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Sehubungan itu, dalam usaha menyemai semangat kemerdekaan dan kebangsaan dalam kalangan warga sekolah, SKST tidak ketinggalan dalam merancang pelbagai aktiviti. Sebagai permulaannya, Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah diadakan. Penyelaras program, Cikgu Norzila telah merancang dan mengendalikan majlis pelancaran ini dengan jayanya. Tahniah !




No comments:

Post a Comment