SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Friday 24 November 2017

ZIARAH KELUARGA MANGSA BANJIR DI KG KUALA TASEK

24 NOVEMBER 2017 @ JUMAAT
KAMPUNG KUALA TASEK

rombongan guru dari skst yg diketuai oleh GB menziarahi sambil menghulurlan bantuan kepada beberapa keluarga murid akst yang terlibat dengan banjir beberapa hari yang lepas. Kampung Kuala Tasek adalah antara kampung yang teruk dilanda banjir. Semoga bantuan yang dihulurkan hasil sumbangan guru2 dan murid ini dapat meringankan beban mereka.

Ziarah Keluarga Murid SKST yg Kematian Bapa

24 NOVEMBER 2017 @ JUMAAT
TAMAN TASEK MAJU

barisan pentadbir skst bersama beberapa org guru menziarahi keluarga salah seorg murid kelas 4 Gigih,  adik Taufik yg kehilangan bapa tersayang beberapa hari yg lalu. Sumbangan hasil kutipan derma kilat drpd guru dan murid turut disampaikan kepada ibu Taufik.


Wednesday 22 November 2017

JAMUAN KELAS 2017

21 NOVEMBER 2017 @ SELASA

Pada hari ini, semua kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 mengadakan Jamuan Kelas. Pelbagai juadah disediakan untuk murid-murid. Antara juadah istimewa yang disediakan adalah pizza, chicken chop, kfc, roti jala, laksa, bihun, mee goreng, pelbagai kuih muih dan banyak lagi. Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah murid2.
Tahniah kepada semua guru kelas yang berjaya mengadakan jamuan kelas untuk murid kelas masing2.

Tuesday 21 November 2017

JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS SK SERI TASEK 2017

22 NOVEMBER 2017
BILIK MATEMATIK

Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas berjaya diadakan pd hari ini di bilik Matematik.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan ketua pengawas, ucapan PK Hem, Ucapan GB dan penyampaian sijil penghargaan kepada semua pengawas Tahun 6.
Cabutan bertuah juga diadakan di mana sebanyak 22 buah hamper tajaan beberapa orang guru disediakan bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Antara juadah yang disediakab ialah nasi tomato, bihun, rojak buah, kentang dan perbagai makanan ringan.
Tahniah kepada barisan kepimpinan Badan Pengawas skst yang diketuai oleh Cokgu Azhar.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH SUMBANGAN PUSAT ZAKAT DAN YAYASAN T N SARDON

21 NOVEMBER 2017 @ SELASA
DEWAN SKST

Pada hari ini, jam 11.00 pagi telah berlangsung majlis penyerahan sumbangan pakaian seragam sekolah. Seramai 60 orang waris murid telah dijemput untuk menerima sumbangan ini. 50 orang menerima sumbangan daripada Tun Sardon Faundation berupa pakaian seragam sekolah. Manakala 50 orang lg menerima sumbangan daripada Pusat Zakat berupa pakaian seragam sekolah dan juga baucer RM150.00.
Guru besar, Encik Mohd Azmi bin Mat Husin menyempurnakan majlis ini. Dalam ucapan beliau, GB menekankan kepada kemenjadian murid. Beliau berharap agar murid2 yang mendapat bantuan ini dapat kenunjukkan peningkatan prestasi sama ada dalam akademik dan juga tidak ponteng sekolah.

Sunday 19 November 2017

ANUGERAH PERATUS KEHADIRAN PALING TINGGI

20 NOVEMBER 2017
DEWAN SKST

unit HEM mengambil satu lagi inisiatif galakan kehadiran ke sekolah dengan menyediakan hadiah kepada kelas yang merekodkan peratus kehadiran paling tinggi sepanjang 2017. Berdasarkan analisis kehadiran dalam APDM, kelas yang peratus kehadiran tertinggi ialah,
Tahap 1 - kelas 1 Jaya
Tahap 2 - kelas 6 Jaya
TAHNIAH.

Thursday 16 November 2017

LAWATAN DAN PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH

16 NOVEMBER 2017 @ KHAMIS
PEJABAT SKST

Lawatan dan Pemantauan daripada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)  SKST,  ......
PK Hem Cikgu Nik Faizul dan PPS  berbincang tentang jalinan kerjasama antara sekolah dan PDRM dalam membentuk sahsiah murid-murid skst.
Terima kasih atas keprihatinan pihak PDRM.

Wednesday 15 November 2017

CERAMAH AADK - Institusi Pendidikan Bebas Dadah

14 NOVEMBER 2017 @ SELASA
DEWAN SKST

Sasaran - Semua Murid Tahun 6

Pada hari ini, semua murid Tahun 6 telah mengikuti Program Ceramah tentang dadah yang telah disampaikan oleh penceramah yang diundang khas dari Agensi Anti Dadah. Program ini juga merupakan salah satu pengisian Program Pasca UPSR anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Che Suriani Rahim, Penolong Pegawai Antidadah Daerah SPS.

Program Intervensi Sahsiah Murid - PROCIH

15 NOVEMBER 2017

Ustaz Fouzi menerangkan kepada peserta PROCIH tentang penggunaan baja dalam tanaman cili. Satu perkongsian ilmu yang sangat berguna dan menarik. Para peserta menunjukkan minat dan keterujaan yang tinggi apabila diberi peluang bersama-sama untuk menjayakan projek ini.

CERAMAH KESIHATAN

15 NOVEMBER 2017 @ RABU
DEWAN SKST

Sasaran : Semua murid Tahun 5 dan 6.
Sebagai melengkapi program pasca upsr, unit Hem telah menjemput pihak jabatan kesihatan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Kesihatan Alam Remaja. Ceramah disampaikan oleh Doktor Ismaahan dan dibantu oleh 3 orang pegawai kesihatan dari Pejabat Bukit Panchor.