SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Tuesday 7 November 2017

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2017

2 NOVEMBER 2017
PADANG DAN DEWAN SKST

Sambuatan Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Pelbagai acara telah diadakan pada hari ini sempena sambutan hari kanak-kanak peringkat SKST. Program dimulakan dengan acara senamrobik yang melibatkan semua guru dan murid di Dataran Perhimpunan. Selepas itu, murid Pra sekolah, Tahun 1 dan tahun 2 terlibat dengan Pertandingan Mewarna. Manakala, murid Tahun 3 - Tahun 6 terlibat dengan Pertandingan Sukaneka di padang.

Pada waktu rehat, semua murid diberi makan percuma...nasi gulai ayam dan ais krim.
Selepas rehat, majlis perasmian penutup dan penyampaian hadian diadakan di dewan. Pelbagai persembahan dari murid-murid pra sekolah - Tahun 6 dipertontonkan.
YDP PIBG, Encik Norhiesham telah hadir untuk merasmikan majlis ini. Turut hadir ialah NYDP PIBG. 
Terima kasih yang terhingga kepada semua guru yang terlibat menjayakan Sambutan Hari kanak-kanak kali ini.
Penyelaras Hari Kanak-kanak -  Puan Norhashimah Abdul Rahman.
 

No comments:

Post a Comment