SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Sunday 21 October 2018

TAKLIMAT KESELAMATAN PENGGUNA BASIKAL

5 OKTOBER 2018
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI SKST

Penggunaan Basikal Lajak dalam kalangan murid-murid semakin meningkat. Gejala ini perlu dibendung kerana amat berbahaya. Sikap segelintir kanak-kanak yang berbasikal secara berbahaya di jalan raya boleh mengundang padah terutamanya dengan penggunaan basikal lajak yang sememangnya tidak menepati ciri-ciri keselamatan sesebuah basikal.
Jesteru, pihak sekolah telah mengadakan sesi Taklimat Keselamatan Pengguna Basikal kepada murid-murid Taun 6 dan juga kepada murid yang membawa basikal ke sekolah. Selain sebagai salah satu pengisian program pasca upsr, program ini juga diharapkan dapat menyedarkan murid-murid akan pentingnya sesebuah basikal mempunyai ciri-ciri keselamatan. Pihak sekolah telah menjemput pegawai polis dari Pondok Polis Tasek iaitu Kpl Mohd Akhimullah bin Mohd Zin (Ketua Pondok Polis Tasek) untuk menyampaikan Taklimat dan pemeriksaan basikal.

No comments:

Post a Comment