SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Friday 28 December 2018

ORIENTASI TAHUN 1 & PRA SEKOLAH SESI 2019

28 DISEMBER 2018
JUMAAT
8.00 am - 11.30 am

Hari Orientasi Tahun1 Sesi 2019 dilaksanakan dengan melibatkan seramai 94 orang murid. Orientasi ini antara lain bertujuan mewujudkan minat dan keinginan murid untuk ke sekolah, memperkenalkan warga sekolah skst serta untuk mengeratkan hubungan antara murid, ibu bapa dan warga sekolah. Melalui program ini, akan dapat memberi pendedahan awal kepada bakal murid-murid Tahun 1 kepada alam persekolahan yang sebenar serta dapat memberi suntikan semangat kepada mereka yang akan menempuh alam persekolahan supaya mereka lebih bersedia menjelang hari persekolahan sebenar.
Untuk ibu bapa pula, taklimat oleh Guru Besar, YDP PIBG dan PK Hem sedikit sebanyak dapat menjelaskan akan hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak yang perlu diketahui terutama bagi ibu bapa yang pertama kali mempunyai anak yang akan memasuki alam persekolahan.
Semoga hubungan baik antara ibu bapa dan pihak sekolah akan terus terjalin demi kecemerlangan anak-anak skst.
Penyelaras - Puan Che Tom

No comments:

Post a Comment