1 MAC 2019
JUMAAT
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI
SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25
Thursday, 28 February 2019
ANUGERAH AMALAN TERBAIK BIMBINGAN & KAUNSELING (DISIPLIN)
28.2.2019
Unit Hem skst, khususnya Unit Bimbingan dan Kaunseling sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Amalan Terbaik B&K (Disiplin).
Program Intervensi ponteng melalui projek tanaman fertigasi bukan sahaja dapat mengurangkan kadar ponteng sekolah malah menarik minat hadir ke sekolah. Program ini merupakan kolaborasi antara unit kaunseling, unit disiplin dan JK sekolah hijau.
Tahniah warga skst.

Thursday, 21 February 2019
Monday, 18 February 2019
Saturday, 2 February 2019
PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
1 FEBRUARI 2019
JUMAAT
11.00 PGI
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI
Majlis Agihan Bantuan Awal Persekolahan BAP kepada 346 murid yang layak telah dilaksanakan dengan lancar. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Rizal bin Ismail, Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPDS merangkap pegawai prosa skst. Dalam ucapan beliau, Encik Rizal mengingatkan para waris agar dapat menggunakan bantuan ini sebaik mungkin demi pelajaran anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan keperluan asas anak-anak ke sekolah seperti buku, pensel, pembaris,pemadam dan sebagainya dilengkapi agar anak-anak dapat belajar dengan baik dan sempurna.
Majlis dimulakan pada pukul 11.00 pagi.
Tentatif :
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan Pegawai PPDS
Agihan Wang Bantuan oleh guru kelas.
# Unit Bantuan & Kebajikan

ZIARAH CAKNA
25 JANUARI 2019
JUMAAT
KAMPUNG TASEK CHEMPEDAK
Pihak sekolah dan PIBG SKST telah menzahirkan keprihatinan dengan menziarahi keluarga adik Muhammad Aliff yang telah kehilangan ibu tercinta dalam kemalangan jalan raya beberapa hari yang lalu. Guru Besar telah menyampaikan sumbangan daripada murid-murid serta para guru kepada bapa Muhammad Aliff. Puan Lai juga selaku guru kelas 6 Intelektif turut menyampaikan sumbangan daripada para waris kelas 6 Intelektif yang begitu prihatin dan telah bersepakat untuk menghulurkan sumbangan ikhlas. Sementara itu YDP PIBG turut menyampaikan sumbangan daripada PIBG. Semoga dengan sumbangan-sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga adik Muhammad Aliff.
Pihak sekolah juga amat berharap agar adik Muhammd Aliff dapat bersekolah seperti biasa dan bersedia untu menghadapi upsr bersama rakan-rakan sekelas yang lain.
Salam takziah dari warga skst untuk keluarga adik Muhammad Aliff.
# Ziarah Cakna
# Unit Bantuan & Kebajikan
Subscribe to:
Posts (Atom)