SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Saturday 2 February 2019

ZIARAH CAKNA

25 JANUARI 2019
JUMAAT
KAMPUNG TASEK CHEMPEDAK

Pihak sekolah dan PIBG SKST telah menzahirkan keprihatinan dengan menziarahi keluarga adik Muhammad Aliff yang telah kehilangan ibu tercinta dalam kemalangan jalan raya beberapa hari yang lalu. Guru Besar telah menyampaikan sumbangan daripada murid-murid serta para guru kepada bapa Muhammad Aliff. Puan Lai juga selaku guru kelas 6 Intelektif turut menyampaikan sumbangan daripada para waris kelas 6 Intelektif yang begitu prihatin dan telah bersepakat untuk menghulurkan sumbangan ikhlas. Sementara itu YDP PIBG turut menyampaikan sumbangan daripada PIBG. Semoga dengan sumbangan-sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga adik Muhammad Aliff.
Pihak sekolah juga amat berharap agar adik Muhammd Aliff dapat bersekolah seperti biasa dan bersedia untu menghadapi upsr bersama rakan-rakan sekelas yang lain.
Salam takziah dari warga skst untuk keluarga adik Muhammad Aliff.
# Ziarah Cakna
# Unit Bantuan & Kebajikan

No comments:

Post a Comment