SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Friday 27 December 2019

ORIENTASI PRA SEKOLAH & TAHUN 1 SESI 2020

28 DISEMBER 2019
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI


Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Disember 2019. Untuk sesi 2020, seramai 104 murid telah daftar secara online untuk sesi persekolahan 2020.

Objektif perlaksanaan program oreintasi ini adalah ;


1. Memberi suntikan semangat kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan supaya mereka lebih bersedia menjelang hari persekolahan sebenar.

2. Mengenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi kepada murid-murid dengan mendedahkan suasana di dalam kelas melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.
3. Menjelaskan kepada ibubapa hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak yang perlu diketahui terutama bagi ibubapa yang pertama kali mempunyai anak yang akan memasuki alam persekolahan.
4. Menjalin hubungan baik dan lebih rapat antara pihak sekolah dengan ibubapa untuk kebaikan bersama.


No comments:

Post a Comment