31 JANUARI 2020
JUMAAT
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI
SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25
Friday, 31 January 2020
PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG PERINGKATVSEKOLAH SKST SESI 2020
31 JANUARI 2020
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI
Guru Besar Puan Noorhasimah binti Ismail telah melancarkan Program Amalan Guru Penyayang bagi sesi 2020.
Tahniah JK Guru Penyayang dan Unit Bimbingan & Kaunseling.

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE
31 JANUARI 2020
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI
Program Mentor Mentee untuk sesi 2020 telah dilancarkan oleh Guru Besar Puan Noorhasimah binti Ismail. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Dalam majlis pelancaran ini, turut diserahkan Modul Mentor Mentee kepada penyelaras setiap darjah. Diharapkan program mentor mentee pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi impak yang positif kepada kemenjadian murid-murid skst.
Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Tuesday, 28 January 2020
PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN IMUNISASI 2020
22, 29 DAN 30 JANUARI 2020
BILIK SENI DAN PRA SEKOLAH
Pasukan Perkhidmatan Sekolah (PKS) dari Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Bukit Panchor telah datang untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi murid-murid Tahun 1, Tahun 6 dan juga murid prasekolah.
Alhamdulillah, pemeriksaan kesihatan berjalan lancar.
Tahniah JK Kesihatan Sekolah dan juga guru kelas Tahun 1,Tahun 6 dan Prasekolah atas komitmen yang terbaik mengurus murid dalam melancarkan proses pemeriksaan kesihatan.

PEMANTAUAN INFLUENZA OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH
29 JANUARI 2020
Dua orang pegawai kesihatan dari PKD Nibong Tebal iaitu Dr. Prassad Arujunan dan S.Moghara telah datang ke skst untuk pemantauan kes Influenza. Selain daripada mengumpul data, Pegawai Kesihatan juga menerangkan langkah-langkah pencegahan yang boleh pihak sekolah lakukan, antaranya pemantauan berterusan terhadap tahap kesihatan murid serta penerangan tentang Influenza kepada guru dan murid-murid.

Wednesday, 22 January 2020
ZIARAH CAKNA 1 SESI 2020
20 JANUARI 2020
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melakukan Program Ziarah Cakna yang pertama tahun ini dengan berkunjung ke rumah murid yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi Khamis yang lalu (18/1/2020)
Mangsa kemalangan adalah murid Tahun 6 Inovatif iaitu adik Nurul Izzah bt Zulkifli telah mengalami kecederaan di betis. Turut hadir dalam Ziarah Cakna ialah Guru Besar Hajah Noorhasimah bt Ismail ,Encik Mohd Noorhiesham bt Ismail YDP PIBG, Encik Mohd yusri AJK PIBG ,Encik Hazim Syahmi bt Sajali guru kelas 6 inovatif) dan Puan Syahida bt Saad Guru Bimbingan dan kaunseling.

PENCEGAHAN PENULARAN INFLUENZA
20 JANUARI 2020
KELAS TAHUN 1
Unit kesihatan skst mengambil inisiatif membersihkan kelas Tahun 1 apabila salah seorang murid kelas tersebut positif Influenza A. Walaupun murid berkenaan dijangkiti di rumah, namun sebagai langkah berhati-hati, pembersihan kelas terbabit dilakukan menggunakan dettol.
Ini kerana kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid diutamakan.

Friday, 17 January 2020
KURSUS ASAS PENGAWAS SEKOLAH
18 JANUARI 2020
DEWAN TRANFORMASI & TAPAK PERHIMPUNAN
Unit Pengawas skst dalam usaha memperkasakan pengawas skst, telah mengadakan kursus asas kepimpinan pengawas. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan akan tugas dan tanggungjawab pengawas terutamanya untuk mengendalikan perhimpunan rasmi. Antara pendedahan yang diberikan dalam kursus atau bengkel ini adalah pengawas sebagai pengacara majlis, pembaca ikrar rukun negara, ikrar sekolah serta cara menaikkan bendera dengan betul. Semoga bengkel ini dapat memberi keyakinan kepada semua pengawas untuk melaksanakan tugas.
Tahniah kepada Cikgu Rasmisah sebagai penyelaras Badan Pengawas, dan juga Cikgu Norzila serta Cikgu Norhayati yang turut membantu mengendalikan kursus asas pengawas pada hari ini. Turut hadir pk hem Cikgu Nik Faizul.

Sunday, 12 January 2020
PELANCARAN DAN PENYERAHAN KAD KEBENARAN KELUAR KELAS 2020
13 JANUARI 2020
TAPAK PERHIMPUNAN SKST
Unit Disiplin & Pengawas mengambil satu lagi inisiatif dalam memperkasakan disiplin murid2 skst dengan menetapkan penggunaan kad kebenaran keluar kelas.
Salah satu tujuannya adalah untuk mengekang kes ponteng kelas dan memantau pergerakan murid.
Murid-murid perlu meminta izin daripada guru yang berada di dalam kelas pada masa tersebut dan memakai kad kebenaran keluar kelas apabila hendak ke tandas.
PK Hem Encik Nik Faizul telah memberikan taklimat ringkas tentang peraturan penggunaan kad kebenaran keluar kelas. Manakala Guru Besar Puan Noorhasimah telah menyampaikan kad kebenaran keluar kelas kepada semua kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Subscribe to:
Posts (Atom)