DEWAN TRANSFORMASI POTENSI
Program Mentor Mentee untuk sesi 2020 telah dilancarkan oleh Guru Besar Puan Noorhasimah binti Ismail. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Dalam majlis pelancaran ini, turut diserahkan Modul Mentor Mentee kepada penyelaras setiap darjah. Diharapkan program mentor mentee pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi impak yang positif kepada kemenjadian murid-murid skst.
Tahniah Unit Bimbingan dan Kaunseling.
No comments:
Post a Comment