SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Wednesday 31 January 2018

LAWATAN MUHIBBAH DARI SK SRI PERMAI KE TAPAK PROCIH

2 FEBRUARI 2018
KHAMIS
TAPAK POROCIH

Seramai 8 orang guru yang diketuai oleh Guru Besar SK Sri Permai Puan Jura telah dibawa mengunjungi Tapak Projek Cili Harmoni. Cikgu Fouzi telah memberi penerangan tentang projek berkenaan.


PAMERAN DENGGI

1 FEBRUARI 2018
KHAMIS
DEWAN TRANSFORMASI SKST

MINGGU IMFREE - CERAMAH KESIHATAN TAK NAK MEROKOK DAN PAMERAN

1 FEBRUARI 2018
KHAMIS
DEWAN TRANSFORMASI SKST


Sunday 28 January 2018

PELANCARAN IMFREE PERINGKAT SKST 2018

29 JANUARI 2018
ISNIN
TAPAK PERHIMPUNAN

Pelancaran Program I'MFREE Peringkat sekolah 2018.
Sebagai sekolah rintis pelaksanaan I'MFREE, skst amat komited dlm memastikan objektifnya tercapai iaitu antaranya adalah usaha membendung pelajar sekolah rendah daripada terlibat aktiviti merokok.
Pelancaran Program I'MFREE ini telah disempurnakan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan Daerah SPS,  Dr Erma Rosnida Rosle.
Sokongan daripada Pejabat Kesihatan dan PDRM amat kami hargai dalam menjayakan program ini di sekolah.Turut hadir pada hari ini adalah Pegawai Unit Sekolah Rendah, Jabatan Kesihatan Daerah SPS, Pn Sally Leong Chai Hon dan Pegawai Perhubungan Sekolah PPS IPD SPS,  Sarjan Rozilah bt Shaarani.

KURSUS PERSEDIAAN PENGAWAS

27 JANUARI 2018
SABTU
SKST

Badan Pengawas yang diketuai oleh Cikgu Azhar telah mengadakan Kursus Pemantapan Kendiri Pengawas yang bertujuan untuk memperkasakan pengawas skst dengan mendedahkan kepada mereka akan tugas dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pengawas sekolah. Kursus ini bermula pukul 8.00 pagi sehinggalah 4.00 petang.
Tahniah diucapkan kepada semua AJK Badan Disiplin dan Pengawas.



Thursday 25 January 2018

SAMBUTAN HARI LAHIR GURU DAN MURID UNTUK BULAN JANUARI

26 JANUARI 2018
JUMAAT
DEWAN SEKOLAH

Salah satu program guru penyayang skst ialah dengan mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk guru2, staf dan murid2 skst.
Pada kali ini, beberapa orang guru,staf dan murid yang lahir dlm bulan Januari diraikan dalam satu majlis.
Unit HEM skst mengucapkan Selamat Hari Lahir...semoga sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.