24 JANUARI 2018
RABU
KANTIN SEKOLAH
Pegawai Sains Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Bukit Panchor, Puan Mah Su Peng telah datang membuat pemantauan berkaitan kualiti makanan yang dijual di kantin sekolah.Selepas pemantauan di kantin, Puan Mah Su Peng mengadakan sesi perbincangan bersama PK HEM. Antara yang dibincangkan atau dilaporkan adalah berkaitan dengan makanan yang tidak boleh dijual dan makanan yang sepatutnya dijual, Antara dapatan yang diperoleh dan perlu ditambah baik oleh pihak kantin ialah penjualan buah-buahan, menu sayuran, jenis air yang sepatutnya dijual dan pelbagai lagi isu berkaitan dengan kualiti makanan.
No comments:
Post a Comment