SELAMAT DATANG....KE BLOG UNIT HAL EHWAL MURID
SK SERI TASEK
PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH TS25

Thursday 25 January 2018

PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG

26 JANUARI 2018
JUMAAT
DEWAN TRANSFORMASI SKST

Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah.. Ianya hasil daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Sebagai mengorak langkah ke arah menjayakan program ini, maka pihak sekolah mengambil inisiatif membuat Pelancaran Amalan Guru Penyayang Peringkat Sekolah secara rasminya. Guru Besar, Puan Noorhasimah telah menyempurnakan majlis pelancaran ini.

No comments:

Post a Comment