Selamat Hari Lahir kepada semua murid skst yang lahir pada bulan Februari. Pada kali ini, seramai 48 orang murid yang lahir bulan Februari telah diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Lahir. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin dan doa selamat, kemudian diteruskan dengan nyayian lagu Selamat Hari Lahir, potong kek, Suapan Kek dan penyampaian doorgift sumbangan para waris yang sangat prihatin. Didoakan semoga semua murid yang dilahirkan pada bulan Februari dipanjangkan umur, sentiasa sihat dan membesar menjadi anak yang cemerlang, soleh dan solehah.
24 FEBRUARI 2020 DEWAN TRANSFORMASI POTENSI Program Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan KPM melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti dan masyarakat. Di samping itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan muridi-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.
21 FEBRUARI 2020 DEWAN TRANSFORMASI DAN KANTIN SEKOLAH SKST Pada Tahun 2020, seramai 312 orang murid telah dikenalpasti layak menerima BAP oleh Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah. BAP bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid. Justeru itu, semoga BAP ini digunakan sebaik mungkin oleh ibu bapa untuk mengurus keperluan persekolahan anak-anak.
21 FEBRUARI 2020 DEWAN TRANSFORMASI POTENSI Antara peranan PRS adalah menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. PRS adalah sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. PRS adalah sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu. PRS adalah sebagai Role Model kepada pelajar lain. Justeru, PRS dilantik dalam kalangan murid-murid yang terpilih. Antara kriteria murid yang dipilih sebagai PRS di sekolah adalah menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan orang lain serta boleh berkomunikasi dengan baik, mempunyai ciri dan personaliti PRS (mendengar dengan penumpuan, memahami, menerima tanpa menilai atau melabel, mengambil berat, komited, terima tanpa syarat, jujur dan tulen), mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri serat berketrampilan dalam aspek akademik, sahsiah, ko kurikulum dan spiritual.