21 FEBRUARI 2020
DEWAN TRANSFORMASI POTENSI
Antara peranan PRS adalah menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. PRS adalah sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan. PRS adalah sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu. PRS adalah sebagai Role Model kepada pelajar lain.
Justeru, PRS dilantik dalam kalangan murid-murid yang terpilih. Antara kriteria murid yang dipilih sebagai PRS di sekolah adalah menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan orang lain serta boleh berkomunikasi dengan baik, mempunyai ciri dan personaliti PRS (mendengar dengan penumpuan, memahami, menerima tanpa menilai atau melabel, mengambil berat, komited, terima tanpa syarat, jujur dan tulen), mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri serat berketrampilan dalam aspek akademik, sahsiah, ko kurikulum dan spiritual.
No comments:
Post a Comment